fbpx

Tidak tidur, makan antara tanda ‘kacip’ pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Terdapat empat tanda besar pasangan atau ahli keluarga anda terjebak dalam salah laku dadah jenis pil kuda atau Methamphetamine antaranya adalah tidak tidur malam dan tidak makan.

Satu perkongsian daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Besut melalui Facebooknya menjelaskan, pil kuda merupakan dadah paling bahaya di antara dadah yang wujud di atas dunia ini.

Jelasnya, dadah jenis ini adalah dadah paling murah dan penjualnya bersepah di negara ini.

“Kami nak cerita macam mana nak kenal suami masing-masing dan anak bujang yang terjebak dengan pil kuda antaranya adalah tidak tidur malam.

“Selain itu adalah tidak makan, biasanya makan berpinggan nasi tapi kali ini dia banyak minum air, biasanya hisap pil kuda tengkok akan jadi kering.

“Mulut pasangan anda bau busuk serta tiba-tiba kelihatan rajin buat kerja antaranya menyapu satu rumah, buang sampah juga tanda sudah terjebak dengan pil kuda,” tulisnya.

Tambah perkongsian tersebut lagi, jika terdapat empat tanda seperti ini terhadap pasangan atau anak bujang anda jangan sesakli menyembunyikannya terus lapor pada polis atau pihak AADK.

“Inilah empat tanda kalau nak senang kenal manusia tidak cerdik yang baham pil kuda, jangan sorok terus lapor pada pihak polis atau AADK, semoga bermanfaat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI