fbpx

Seteru dengan Fattah? Ini jawapan Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ sebelum ini pernah memerli Fattah susulan penerbitan sebuah buku berisi kata-kata motivasi beberapa tahun lalu.

TIDAK lama dahulu, Sharnaaz Ahmad pernah dikatakan berseteru dengan Fattah Amin disebabkan beberapa isu.

Tidak silap Mizz Lahar, antara isu yang terjadi antara mereka ialah apabila Sharnaaz menyelar tindakan suami kepada Fazura itu menghasilkan sebuah buku kata-kata hikmahnya.
Biarpun kes tersebut sudah lama berlalu, namun baru-baru ini netizen membangkitkannya semula apabila Fattah muncul di pentas Muzikal Lawak Superstar, manakala Sharnaaz pula pengacara program tersebut.

Ada yang mengatakan Fattah kelihatan kekok sepentas bersama Sharnaaz kerana masing-masing dikatakan pernah bermasam muka.

Ada juga segelintir netizen mengungkit kisah lama Fattah dan Sharnaaz dalam media sosial.

Tampil bersuara, Sharnaaz menganggap isu tersebut sudah selesai dan tiada guna diungkit semula.

“Alhamdulillah kami sudah matang. Hal yang dahulu, kita sudah lepas jauh ke belakang.

“Hidup hari ini lebih positif dan membina. Sudah tua, tak akanlah hendak bermusuh lagi,” ciap Sharnaaz membalas kenyataan pengguna Twitter.

Mizz Lahar setuju sangat dengan kenyataan Sharnaaz. Tak guna pun nak bermasam muka sesama selebriti.

Dunia hiburan tempatan ini kecil sahaja, pusing-pusing, pasti akan jumpa wajah yang sama.

MIZZ LAHAR: AIM23 dah habis, biasalah rumah siap pahat berbunyi.Ada yang mempertikai kemenangan untuk beberapa kategori.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI