fbpx

Sediakan bekalan barangan mencukupi hadapi banjir- Pasukan Jihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi (PKJTI) mengarahkan pihak-pihak terlibat agar bersiap sedia memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi khususnya ketika berdepan bencana banjir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, PKJTI mahu bekalan itu mencukupi terutama di negeri-negeri yang dijangka terjejas tanpa memberi kesan yang ketara terhadap harga barang keperluan.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Isnin lalu.

“JPBD diaktifkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda lebih awal kira-kira November ini hingga Mac depan.

“Persiapan itu termasuklah dari segi peningkatan stok mahupun perancangan logistik pengedaran ke negeri-negeri tersebut seperti trak perkhidmatan minyak bergerak (ROVR) bekalan petrol, diesel dan sebagainya,” katanya.

Arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI