fbpx

Sarah idam status ratu pecut Sukma 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH (kanan) mengungguli saingan separuh akhir 1 Sukma 2022 di Stadium Nasional sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Atlet lompat bergalah kebangsaan, Nor Sarah Adi kini memburu status yang lebih elit dengan menyasarkan gelaran ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Pemenang pingat emas lompat bergalah Sukan SEA Hanoi 2021 itu mara ke final 100m selepas menjuarai peringkat separuh akhir 1 dengan catatan masa 11.94 saat (s) di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

“Saya sudah lama tak lari (100m) dan ini adalah Sukma pertama yang juga terakhir buat saya. Kalau boleh saya nak buat catatan peribadi baharu.

SARAH pernah meraih pingat emas lompat bergalah pada Sukan SEA Hanoi 2021.

“Perasaan saya gementar kerana semua (pelari) hebat-hebat. Saya sasarkan pingat emas (100m final wanita) esok dan selepas itu lompat bergalah (18 September),” katanya.

Sarah yang mewakili Pahang bakal berentap dengan dua atlet Sabah, Nur Aishah Rofina Aling, Feova Lim Yi Fei dan dua pelari Terengganu, Nurul Wardatul Huwaida Mohd. Hamka serta Siti Norzullaika Ramli di final esok.

Baki tiga lagi pelari dalam perlumbaan akhir nanti adalah dua atlet Sarawak, Emma Hill Yu Wei Ling dan Erissca Peter serta Nur Afrina Batrisyia Mohamad Ramli dari Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI