fbpx

Remaja bunuh perogol dipenjara 5 tahun, diarah bayar pampasan AS$150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lewis memberikan keterangan semasa pendengaran hukuman pada Selasa lalu di Iowa. – newsadvance

WASHINGTON – Seorang remaja Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan diarahkan membayar AS$150,000 (RM679,875) kepada keluarga individu yang didakwa memperkosanya, lapor laman berita Wion News semalam.

Pieper Lewis, berusia 15 tahun ketika diperkosa pada Jun 2020 di Des Moines, negeri Iowa. Dia yang kini berusia 17 tahun dituduh membunuh Zachery Brooks, 37.

Dia kemudian mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan dan membunuh tanpa sengaja. Setiap satu kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Pada Selasa lalu, Hakim Daerah Polk, David M Porter menjatuhi hukuman ‘pemantauan ketat’ selama lima tahun dan memerintahkan tertuduh membayar pampasan AS$150,000 (RM679,875) kepada keluarga Brooks.

Jika melanggar tempoh itu, tertuduh mungkin menerima hukuman tambahan selama 20 tahun.

Lewis mengimbau kembali bagaimana suspek mengacukan pisau ke arahnya dan meminta dia menemani lelaki itu di kediamannya.

Dia mendakwa telah menikam Brooks dalam keadaan marah selepas suspek memperkosanya sekali lagi, demikian menurut pihak berkuasa.

Iowa merupakan negeri tanpa undang-undang keganasan yang khusus untuk memberikan imuniti mengenai jenayah terhadap mangsa pemerdagangan manusia. 

Selain itu, pihak pendakwa menyatakan bahawa pengakuan Lewis telah mengetepikan sebarang persetujuan untuk pembelaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI