fbpx

‘Rekod pembangkang pun tak mampu kawal harga barang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar ketika ditemui selepas meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir Melaka, malam tadi.

MELAKA – Dakwaan pembangkang bahawa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal melaksanakan tugas mengawal kenaikan harga barang dan perlu dibubarkan adalah tidak berasas.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya akan terus bekerja menjaga kepentingan rakyat dalam memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas dapat dikawal.

Katanya, kerajaan berkeupayaan untuk mengawal harga barangan lantas tidak akan membiarkan rakyat tertekan disebabkan kenaikan sesuka hati.

“Kita sebagai kerajaan perlu menjaga kepentingan rakyat dan kalau kita biarkan begitu sahaja bila ada tekanan, kita hendak bubar sana dan hendak bubar sini.

“Orang suruh bubar itu senang tapi rekod dia sendiri pun tidak dapat mengawal harga barangan.nuar

“Ini negara demokrasi, siapa-siapa hendak cadang untuk bubar it’s okay (tidak apa), tapi yang bekerja ini ada kerja hendak dibuat, hendak bubar dan nak tubuh mudah, tapi untuk bekerja itu payah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau persiapan sambutan Hari Malaysia di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Ahli Parlimen Bagan itu menyifatkan pasukan berkenaan sebagai tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan selepas kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, sehebat-hebat Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) sekalipun dilihat turut gagal mengawal kenaikan harga barangan di negara masing-masing.

“Sekurang-kurangnya melalui pasukan khas ini, kita tahu harga ayam dapat kawal, harga minyak masak, beras, gula dan sebagainya.

“Kita jumpa semua pihak hampir setiap minggu untuk memastikan tiada kenaikan harga berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI