fbpx

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia di seluruh IPT bermula Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Stadium Pavilion, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) diperluaskan kepada seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta bermula Oktober tahun ini selari dengan kemasukan mahasiswa baharu bagi sidang akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Stadium Pavilion, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan lagi inisiatif tersebut yang memberi manfaat kepada semua golongan mahasiswa IPT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI