fbpx

PM Finland mahu sekatan sasar warga Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marin menyampaikan ucapan semasa perbahasan ‘Ini adalah Eropah’ di Parlimen Eropah di Strasbourg, timur Perancis kelmarin. - AFP

HELSINKI – Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memaklumkan bahawa sekatan Kesatuan Eropah (EU) termasuk pembatalan perjanjian kemudahan visa dengan Russia adalah tidak mencukupi, lapor laman berita RT kelmarin. 

Beliau mencadangkan supaya orang awam Russia harus merasakan tekanan dalam kehidupan seharian mereka.

“Kita mesti bersedia mengenakan lebih banyak sekatan kerana sekiranya lebih banyak impak yang dihadapi, lebih mahal harga untuk Russia meneruskan perang,” katanya kepada Parlimen Eropah.

Ini bukan kali pertama Marin mencadangkan langkah sekatan terhadap orang awam Russia sejak konflik Ukraine bermula.

Adalah tidak wajar apabila warga  Russia boleh menjalani kehidupan seperti biasa, mengembara ke Eropah dan menjadi pelancong,” kata Marin kepada agensi penyiar kebangsaan, Yle pada 8 Ogos lalu.

Kenyataan itu dipersetujui pada hari berikutnya oleh Perdana Menteri Estonia, Kaja Kallas yang memuat naik ciapan di laman Twitter dengan berkata: “Melancong di Eropah adalah satu keistimewaan, bukan hak asasi manusia.”

Pada 9 September lalu, Majlis Eropah mengumumkan penggantungan penuh perjanjian kemudahan visa antara EU dan Russia. 

Langkah itu tidak mengenakan larangan langsung tetapi meningkatkan yuran permohonan visa untuk warga Russia daripada €35 (RM157) kepada €80 (RM361) untuk semua pemohon. Tempoh pemprosesan visa juga dipanjangkan daripada 10 hari kepada 45 hari, selain keperluan untuk mengemukakan dokumen tambahan.

Setakat ini, sembilan negara Eropah enggan menerima dokumen visa pelancong daripada Moscow, demikian menurut Persatuan Pengendali Pelancongan Russia.

Senarai itu termasuk Latvia, Lithuania, Estonia, Poland, Republik Czech, Slovakia, Denmark, Belgium dan Belanda.

Bagaimanapun, cadangan pengharaman visa lengkap untuk semua pelancong Rusia gagal mendapat sokongan sebulat suara dalam blok itu. Antara yang membantah termasuk Jerman, Perancis, Hungary, Luxembourg dan Austria. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI