fbpx

Penyeludup lari tinggal kereta bawa 40 tong petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP memeriksa kereta jenis Proton Gen 2 membawa 40 tong petrol yang ditinggalkan suspek di sebuah stesen minyak di Taman Uda Murni, Kota Bharu pagi tadi. - FOTO/ IHSAN KPDNHEP

KOTA BHARU – Seorang penyeludup bertindak lari meninggalkan sebuah kereta yang digunakan untuk mengangkut 40 tong berisi sebanyak 1,200 liter petrol selepas kegiatannya itu dihidu anggota penguat kuasa di sebuah stesen minyak di Taman Uda Murni di sini awal pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 2.50 pagi itu, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor hanya sempat menahan kereta jenis Proton Gen 2 dipandu suspek.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa menjalankan risikan, anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemerhatian yang dilakukan sebelum itu mendapati, suspek telah membuat isian bahan api secara kerap dan berulang kali di stesen minyak sekitar kawasan bandar ini.

“Anggota penguat kuasa bertindak mengekori kereta tersebut. Menyedari dia diekori, suspek terus lari meninggalkan keretanya semasa tiba di sebuah stesen minyak di Taman Uda Murni di sini.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu telah menemui sebanyak 40 tong berisi 1,200 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM2,460,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI