fbpx

Pas Perak yakin masih ada ruang kerjasama dengan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Pas Perak percaya masih ada ruang untuk parti itu bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun UMNO negeri sudah memuktamadkan tiada kerjasama antara dua parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Pas Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ini kerana parti itu konsisten mahukan kerjasama dengan mana-mana pihak ke arah memakmurkan negara dan kestabilan politik.

Mohd. Akmal menandatangani buku lawatan pada Sambutan Keselamatan Makanan Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di Ipoh hari ini. – Foto LIYANA RAMLI

Menurutnya, bagi Pas, kestabilan politik dapat dicapai apabila parti-parti Melayu Islam bersatu.

“Selagi belum pilihan raya, saya percaya masih lagi ada ruang untuk perbincangan tersebut (kerjasama dengan UMNO). Pas konsisten tetap mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk memakmurkan negara ini yang disebut sebagai perpaduan ummah ke arah kestabilan politik.

“Bagi Pas, kestabilan politik apabila parti-parti Melayu Islam ini bersatu, ini akan melahirkan kestabilan politik. Apabila stabil politik, maka ia akan stabil yang lain-lain termasuk ekonomi.

“Bagi kita, perlulah kepada perbincangan antara parti-parti untuk meneruskan penyatuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Keselamatan Makanan Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI