fbpx

Mahkamah: Rakaman keterangan Bella di CIC ditunjukkan dalam mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini, ditunjukkan rakaman video keterangan remaja Sindrom Down dikenali Bella di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang didakwa didera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd. Razali.

Bagaimanapun sebelum video disiarkan, peguam, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor,  memohon galeri awam dikosongkan berikutan Bella, adalah kanak-kanak bawah umur dan dilindungi di bawah Seksyen 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.

Justeru hanya hakim, pendakwaan serta pembelaan dibenarkan untuk menonton video terbabit.

Video itu adalah Bella ditemuduga oleh pegawai polis di Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) pada 12 Julai 2021.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, berkata perbicaraan kes itu sepatutnya diteruskan hari ini, dengan keterangan pakar psikiatrik.

Bagaimanapun saksi pendakwaan itu tidak dapat hadir kerana perlu terbabit dengan sesi pembentangan yang berkaitan dengan kepakarannya.

“Pendakwaan ada lima lagi saksi termasuk pakar psikiatrik, pegawai penyiasat dan Bella. Saksi selepas pakar psikiatrik adalah Bella. Kami berpendirian pakar psikiatrik perlu membantu mahkamah memahami ketidakupayaan dan kebatasan intelektual Bella.

“Pakar itu boleh beri contoh soalan boleh dikemukakan kepada Bella. Dengan itu, Bella perlu dipanggil selepas pakar psikiatri beri keterangan. Untuk hari ini, kami bersetuju untuk rakaman CIC Bella ditayangkan,” katanya.

Susulan itu, Nur A’minahtul berkata, pihaknya tiada bantahan terhadap alasan ketidakhadiran saksi pendakwaan namun prosiding hai ini rakaman CIC beh  ditayangkan.

“Kami hanya mohon pendakwaan pastikan ada saksi pada tarikh perbicaraan akan datang bagi mengelakkan kes ditangguh, ” kata peguam itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi 21 September ini.

Siti Bainun Ahd Razali , 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI