fbpx

KL City sedia tambah derita Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL City selesa dilabelkan sebagai pasukan bukan pilihan sekali gus membolehkan para pemain bermain tanpa tekanan apabila menentang kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana Jizzakh malam ini.

KUALA Lumpur City dijangka akan terus menghantui Melaka United apabila kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Kedua-dua pasukan sedang mengharungi episod berbeza, menyaksikan KL City sedang dilamun mimpi indah mara ke final antara zon Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), manakala tuan rumah dipalit tiga kekalahan berturut-turut.

Pengendali KL City, Bojan Hodak sendiri sudah memba­yangkan anak-anak buahnya makin bernafsu untuk terus merekodkan kemenangan, sekali gus membuka peluang untuk perbaiki kedudukan di Liga Super.

“Paling penting adalah kami mampu dapatkan tiga mata (tewaskan Sri Pahang) dan sekarang kami perlu alihkan fokus pada aksi seterusnya,” katanya.

Dengan baki lima perlawanan, KL City yang kini menghuni tangga kelima Liga Super dengan 25 mata masih berpeluang mendaki ke kedudukan lebih baik, hanya dipisahkan empat mata berban­ding naib juara Piala FA, Terengganu di tempat keempat.

Selepas dihimpit dengan masalah tunggakan gaji, Melaka United ketika ini berada dalam zon kritikal, bolos 12 gol dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan terakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI