fbpx

JKM fokus 4 perkara persediaan banjir Monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meor Ismail (kanan), bersama Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pasca Bencana Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus menunjukkan kawasan berisiko banjir di pusat kawalan bencana negara di sini, hari ini. - FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUCHONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memfokuskan empat fungsi utama dalam persediaan menghadapi Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pada pertengahan November.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM, Wan Noraidah Wan Mohd Zain berkata, fokus utama tersebut adalah penyediaan pusat perlindungan, makanan, kaunseling dan pendaftaran.

“Kerajaan dah luluskan makanan tahan lama retort dalam bentuk pek yang boleh disimpan dalam tempoh dua tahun. Ia disimpan di depoh simpanan dan bencana.

“Pusat pemindahan sementara (PPS) pula dijadikan pengkalan hadapan di mana kita dah hantar bekalan makanan dan fokus pada kawasan terputus hubungan,” katanya ketika Majlis Taklimat Program Agensi Teknikal dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bersama Media, di sini, hari ini.

Tambahnya, komuniti setempat juga boleh bertindak sebagai sebahagian sokongan bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai.

“Perbincangan akan sentiasa dilakukan meliputi pusat pemindahan manakala komuniti setempat juga boleh menjadi sokongan pertama beri bantuan pertama kepada jiran-jiran dan kenalan di kawasan mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim berkata, PPS juga akan menjalankan operasi berskala penuh.

“Prosedur operasi standard (SOP) tidak lagi seperti ketika pandemik berlaku di mana penggunaan pelitup muka di PPS tidak lagi diwajibkan namun adalah digalakkan.

“Penyediaan makanan pula akan disediakan secara gotong-royong berikutan sebelum ini ada aduan diterima mengatakan pek makanan yang diberi kurang segar,” katanya. – ONLINE! KOSMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI