fbpx

Imigresen cari dua lelaki jadi saksi di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki yang dicari bagi menjadi saksi berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat dua individu warga tempatan yang diperlukan sebagai saksi di mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM menerusi kenyataan hari ini berkata, individu pertama dikenali sebagai Lim Kay Chin, 33, beralamat terakhir di 5R5, Tingkat 5, Pudu Plaza Apartment, Jalan Landak Off Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Menurutnya, individu kedua pula dikenali sebagai Brandon Cheong Wen Rong, 29, yang beralamat terakhir di 65, Jalan Bukit Indah 1/6, Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd. Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

“Azamuddin boleh dihubungi menerusi talian 0388801338 atau 0388801330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03 88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI