fbpx

Gadai nyawa angkara jejambat rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng menunjukkan jejantas di hadapan Hotel Cristal Crown, Jalan Tebrau yang perlu dibaiki untuk kegunaan awam.

JOHOR BAHRU – Penduduk sekitar Taman Sri Tebrau di sini terpaksa ‘bergadai nyawa’ dengan melintas jalan utama yanmg sibuk susulan penutupan jejantas di hadapan Hotel Cristal Crown di Jalan Tebrau, di sini.

Jejantas itu ditutup selepas kemudahan berkenaan rosak dengan bumbung tercabut sejak beberapa bulan lalu.

Warga emas dikenali Tan memberitahu, dia tidak mempunyai pilihan apabila terpaksa menyeberangi jalan utama ber­kenaan yang sentiasa sibuk de­ngan kenderaan untuk ke pasar raya berhampiran.

“Saya memang kerap menggunakan jejantas ini untuk bertemu dengan rakan-rakan dan juga ke pasar raya berhampiran, tetapi sejak ia ditutup dengan palang besi, saya tiada pilihan.

“Saya terpaksa melintas jalan raya yang sentiasa sibuk dengan kereta dan sangat berbahaya,” katanya semalam.

Luahan sama turut disuarakan Mohd. Jonny Sudir, 46, yang memberitahu, dia terpaksa menyeberang laluan berkenaan ­kerana jejantas lain berada di lokasi yang amat jauh.

“Jejantas di Plaza Pelangi jaraknya agak jauh dan boleh memakan masa lebih 20 minit untuk berulang-alik,” katanya.

Sehubungan itu, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat membaiki semula jejantas ber­kenaan dengan cepat agar penduduk di taman itu tidak lagi membahayakan nyawa mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berharap pihak berkuasa tempatan dapat menambah jumlah jejantas berikutan kepadatan penduduk yang agak tinggi di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI