fbpx

Evoair bakal jana hasil RM170 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEVIN (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian perkongsian strategik di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Evoair, pengeluar pendingin hawa mesra alam, menjangkakan cadangan penyenaraian sahamnya di Papan Utama Nasdaq yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat bakal menjana hasil sehingga RM170 juta.

Pengasas Bersama dan ­Pengarah Urusan Kumpulan, Kevin Chan berkata, penyena­raian tersebut dijangkakan pada suku keempat tahun depan.

Menurutnya, ini adalah u­saha Kumpulan untuk meluaskan asas modal dan membina empayar ke peringkat antarabangsa dalam bidang berkaitan pemanasan, ventilasi dan pen­dingin hawa (HVAC) serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Melalui usaha tersebut, Kumpulan dapat memainkan pe­ranan penting dalam meningkatkan gaya hidup masyarakat terhadap inisiatif hijau, selain dapat melindungi bumi daripada terus tercemar.

“Kami memfokuskan proses penyenaraian ke Nasdaq dan kemudian beralih kepada pengapungan saham syarikat di Bursa Malaysia pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memeterai perjanjian perkongsian strategik dengan Mercurius Digital Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.

Chan menjelaskan, 30 peratus daripada hasil penyenaraian itu masing-masing diperuntukkan kepada bidang penyelidikan dan pembangunan, pemasaran serta perbelanjaan mengurus.

Selain itu, Evoair juga menandatangani perjanjian dengan Network 1 Financial Securities Inc. (Network 1).

Ia dilakukan sebagai pengurus penaja utama dan book runner untuk tawarannya bersempena cadangan penyena­raian saham di Nasdaq. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI