fbpx

China, Russia tolak kuasa unipolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTIN (kiri) dan Jinping bergambar semasa pertemuan mereka di Beijing pada 4 Februari lalu. - AFP

MOSCOW – Russia dan China berkongsi fahaman bahawa dunia berpaksikan kuasa tunggal atau unipolar adalah mustahil, manakala ‘reachinaliti baharu’ sedang muncul, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov seperti yang dilaporkan laman berita RT.

“Kami percaya dan sepakat dengan sahabat kami (China) bahawa kewujudan dunia unipolar adalah mustahil. 

“Moscow dan Beijing bersetuju adalah mustahil apabila apa yang digelar ‘Keemasan bilion’ menuntut hak untuk mencipta peraturan dalam bidang ekonomi dan politik serta memaksa negara lain mengikut telunjuknya,” kata Pes­kov kepada wartawan kelmarin. 

Di Russia, Keemasan bilion merujuk kepada Amerika Syarikat (AS), Eropah dan negara Barat lain.

Katanya, teras sistem unipolar mula ‘bergoyang dan merekah, manakala realiti baharu sedang muncul’.

Peskov mengulangi kata-kata Presiden Russia, Vladimir Putin yang memberitahu pada akhir Ogos lalu bahawa: “model unipolar yang lapuk sedang digantikan oleh order dunia baharu berdasarkan prinsip keadilan dan kesaksamaan.”

Menurut Putin, pusat-pusat politik dan ekonomi yang kuat bertindak sebagai daya pengge­rak ke arah proses tersebut yang sedang dibentuk di Asia Pasifik.

Putin dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dijangka mengadakan pertemuan sam­pingan semasa sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai di Uzbekistan minggu ini.

Sidang itu merupakan kunju­ngan pertama Jinping ke luar negara sejak penularan pandemik Covid-19.

Apabila ditanya mengenai pertemuan tersebut Isnin lalu, jurucakap White House, Karine Jean-Pierre  memberi peringatan bahawa AS sudah menjelaskan mengenai kebimbangan ­Washington berhubung hubu­ngan semakin mendalam China-Russia walaupun ketika Moscow melancarkan ‘perang keganasan’ di Ukraine

Pada Jun 2022, Jinping menyifatkan hubungan antara Russia dan China sebagai di peringkat tinggi dan menjadi bertambah baik secara tetap.

Beijing juga enggan menyertai sekatan antarabangsa yang dilaksanakan Barat terhadap Moscow berhubung operasi ketenteraan Kremlin di Ukraine. Sebaliknya, kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dan perdagangan de­ngan Russia menjadi pembekal minyak utama China serta komoditi lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI