fbpx

Bergson Da Silva mahu kekal bersama skuad Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON (kanan) tidak mahu memikirkan mengenai kontrak lanjutan ketika ini meskipun mengakui berharap kekal lama bersama skuad Harimau Selatan.

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva masih belum memikirkan tentang kontrak lanjutan sebaliknya fokus untuk membantu pasukan mencapai misi pada baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sebagai rekod, pemain import dari Brazil itu dianggap sebagai pembelian paling berbaloi sejak menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab Fortaleza pada tahun lalu.

Kata Bergson, buat masa sekarang tumpuan utama adalah untuk mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan dan bukan masa sesuai untuk fikir tentang kontrak yang masih berbaki sehingga tahun depan.

“Kontrak saya tidak berakhir pada penghujung musim ini sebaliknya Jun atau Julai tahun depan. Sekarang saya tidak fikir tentang perkara tersebut (lanjutan kontrak) dan fokus membantu pasukan mengharungi baki aksi musim ini,” kata Bergson.

Pemain berusia 31 tahun itu telah muncul wira JDT apabila meledak dua gol untuk memastikan pasukan menjuarai trofi Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di pentas final, Sabtu lepas.

Mengulas lanjut, Bergson mengakui turut berharap dapat kekal untuk tempoh yang lama dengan skuad Harimau Selatan tetapi segalanya bergantung dengan perancangan pasukan pada masa depan.

“Saya sangat bangga dengan apa yang dilakukan bersama JDT dan cukup suka dengan negara ini. Malah, penyokong di sini turut menerima kehadiran saya dengan baik. Kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti,” katanya.

JDT yang hanya memerlukan tujuh mata untuk menjuarai Liga Super musim ini bakal bertemu dengan Petaling Jaya City (PJ City) pada perlawanan malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI