PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan ke istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua baginda akan mewakili Malaysia ke upacara itu yang akan berlangsung di Istana Buckingham pada Isnin depan.
“Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan mewakili negara dalam upacara pengebumian Ratu Elizabeth II,” katanya pada sidang media di Putrajaya semalam.
Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September lalu.
Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II kini berada di London dan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman negara di Westminster Abbey pada 19 September ini.
Jasad baginda akan dimakamkan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip. – KOSMO! ONLINE