fbpx

Ahli akademik Iran gelar Ratu Elizabeth penjenayah dunia, setaraf Adolf Hitler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar muka depan akhbar tempatan Iran yang dirakam di Tehran pada 10 September lalu. - AFP

TEHERAN –  Seorang ahli akademik Iran menggelarkan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai salah seorang penjenayah terbesar dalam sejarah umat manusia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Individu tersebut, Foad Izadi yang menjadi tetamu jemputan stesen televisyen Iran, Channel 1, turut menyamakan  baginda dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler dalam beberapa kenyataan yang lantang.

Ketika kebanyakan negara dan pemimpin dunia berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, beliau pula menganggap pemergian baginda sebagai satu berita baik untuk rakyat di negara-negara  tertindas.

“Legasi  Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan jenayah, kekejian dan kekotoran.

“Kemangkatan baginda tidak perlu ditangisi,” tegasnya.

Foad berkata, gelaran yang dinyatakan olehnya adalah  berdasarkan pencerobohan tentera Britain  di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda.

“Angkatan bersenjata Britain  adalah angkatan tentera Ratu.

“Jadi,  kita hanya mempunyai segelintir individu yang  terlibat dalam begitu banyak kekejaman pada abad lalu seperti Hitler sebagai contoh, beberapa Presiden Amerika Syarikat terdahulu dan Ratu Elizabeth II.

“Jumlah orang yang  terbunuh dalam pencerobohan tersebut mencecah jutaan nyawa dan Ratu Elizabeth II secara tidak langsung bertanggungjawab untuk perkara itu,” kata Foad.

Pendekatan berbeza diambil oleh pemerintah negara yang turut berada dikategorikan ‘musuh’ kepada Britain seperti Russia dan China yang secara terbuka mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain itu.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan atau komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad.

Pihak kementerian juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan kenaikan takhta Raja Charles III sebagai monarki baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI