fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah kepada mendiang Tun Samy Vellu dari baginda berdua.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mantan Presiden Kongres India Malaysia (MIC) dan Menteri Kerja Raya, Tun Samy Vellu yang meninggal dunia hari ini.

Istana Negara melalui satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada masyarakat dan negara dan juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Mengenang jasa mendiang, Tun Samy Vellu semasa hayatnya pernah dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dari tahun 1983 hingga 1989 dan tahun 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula tahun 1974 hingga 2008.

“Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi dari tahun 1978 hingga 2008.

“Mendiang juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Mendiang mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1959 dengan menyertai MIC cawangan Batu Caves dan merupakan presiden MIC paling lama memegang jawatan tersebut iaitu selama 31 tahun bermula tahun 1979 hingga 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI