fbpx

22 nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 22 kru bot nelayan Indonesia termasuk tekong ditahan ketika sedang menangkap ikan di perairan negara semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan seramai 22 kru termasuk tekong warga Indonesia selepas didapati cuba menceroboh perairan negara ini semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot nelayan asing dari Indonesia itu ditahan ketika melakukan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan 109 kilometer barat daya Pulau Kendi.

“Bot nelayan itu ditahan Kapal Maritim (KM) Nyalau Maritim Malaysia pada pukul 2.50 petang semalam sewaktu rondaan rutin operasi bersepadu menerusi Op Benteng Laut.

“Pemeriksaan mendapati, bot nelayan asing itu dikendalikan 22 kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Indonesia berusia 20 hingga 56 tahun. Mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemuanya tangkapan dibawa ke Maritim Negeri Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI