fbpx

Warga emas maut diseret lori 200 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal warga emas yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan pagi tadi.

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas diseret 200 meter dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 433 Lebuh Raya Utara-Selatan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi, penunggang lelaki berusia 66 tahun dalam perjalanan ke Subang dari Tanjung Malim telah terbabas sendiri sebelum dilanggar sebuah lori jenis Nissan.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbabas di lorong kiri lebuh raya lalu dilanggar dari arah yang sama dan diseret sejauh 200 meter sebelum terbakar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori merupakan lelaki berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suffian berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI