fbpx

[VIDEO] Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan CCTV kejadian culik di rumah mangsa di Tumpat

TUMPAT – Seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Rosnazirah Mohd. Naim,36, disyaki dibawa lari dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Suspek yang terlibat dalam kes itu juga dipercayai menggunakan senjata semasa membawa lari mangsa terus ke arah Wakaf Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, bagaimanapun, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kerana ia boleh menganggu siasatan.

“Kes tersebut masih berada dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah mangsa yang juga dipercayai merupakan seorang ejen jualan kosmetik.

Rakaman CCTV itu menunjukkan sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios sebelum berhenti di hadapan rumah mangsa.

Dua daripada suspek telah mengetuk pintu rumah dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta sebelum melarikan diri. – KOSMO! ONLINE

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI