fbpx

Tiara Andini teringin digigit harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIARA ANDFINI bersama harimau peliharaan kekasihnya.

PENYANYI Tiara Andini mengalami luka-luka ringan selepas digigit harimau putih peliharaan kekasihnya, Alshad Ahmad.

Bagaimanapun, kejadian tersebut berlaku atas kehendak Tiara sendiri apabila mahu merasai ‘kesakitan’ akibat digigit haiwan buas tersebut.

Ujar pelantun lagu Janji Setia itu, dia selalu tertanya-tanya perasaan apabila digigit seekor harimau dan meminta izin kepada teman lelakinya untuk digigit harimau itu yang diberi nama Selen.

“Saya pada awalnya takut. Tapi perasaan ingin tahu bagaimana rasanya digigit harimau lebih tebal sehingga tekad untuk membiarkan Selen (harimau putih) menggigit saya,” katanya.

Pada masa sama, Alshad yang juga sepupu kepada pelakon dan pengacara terkenal Raffi Ahmad turut meyakinkan Tiara bahawa keadaan Selen pada hari tersebut cukup baik.

Meskipun harimau itu berada dalam keadaan yang baik, Tiara tetap mengakui gigitan ‘manja’ sang belang itu cukup kuat sehingga menyebabkan tangannya mengalami luka-luka kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI