fbpx

Siti Nur Adibah rangkul pingat emas pertama Sukma buat Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NUR ADIBAH meraih pingat emas pertama Sukma 2022 dalam acara berbasikal 30km ujian masa individu wanita di Kuala Lumpur sebentar tadi.- MSN

SEREMBAN – Atlet berbasikal Johor, Siti Nur Adibah Akma Mohd. Fuad menjadi pemenang pingat emas pertama Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas memenangi acara ujian masa lebuh raya individu wanita hari ini.

Pada acara akhir yang berlangsung di D’tempat Country Club, Bandar Baru Sendayan itu, dia yang merupakan atlet berbasikal kebangsaan memastikan pingat emas menjadi miliknya menerusi catatan masa terpantas 44 minit 25.801 saat (s) dengan jarak 29.7 kilometer (km).

Mengiringi atlet berusia 23 tahun itu di podium adalah atlet Perak, Nyo Chi Hui yang mencatat 45:52.607s di tempat kedua manakala Siti Nur Alia Mansor dari Terengganu meraih gangsa menerusi catatan masa 46:25.155s.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI