fbpx

Selangor tidak boleh lagi dibuai kelekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR turun dengan motivasi yang tinggi bertemu KDA FC malam ini selepas meraih kemenangan menentang Sabah sebelum ini. – FB SELANGOR FC

KEMENANGAN Selangor ke atas Sabah sebelum ini menyerlahkan gerak kerja proaktif sedang dilakukan oleh Nidzam Jamil untuk mengembalikan semula Gergasi Merah ke tahap prestasi terbaik.

Walaupun terpaksa me­nunggu hingga perlawanan keempat untuk meraih kemena­ngan sulung sejak dilantik pe­ngendali sementara, kemenangan itu seakan membayangkan jurulatih muda itu memerlukan lebih ba­nyak masa untuknya membuktikan kualiti.

Sedar harapan tinggi yang di­letakkan ke atasnya, Nidzam sentiasa mengingatkan pemainnya supaya kekal dengan mentaliti kemenangan terutamanya pada kunjungan ke Stadium Darul Aman untuk menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam ini.

“Bagi saya, komitmen dan kerja­ keras daripada pemain (ketika aksi menentang Sabah) begitu penting. Penyokong, saya sendiri, pengurusan dan barisan kejurulatihan juga mahu kekalkan momentum ini.

“Dalam bola sepak, emosi (raikan kejayaan) perlu dibawa ke setiap minggu untuk pastikan pasukan raih keputusan baik dan inilah sebenarnya cabaran kita,” katanya.

Ketika ini, Gergasi Merah sekadar menghuni tangga kelapan Liga Super dan hanya dipisahkan empat mata berbanding KDA FC di tangga keenam.

Untuk perlawanan ini, Nidzam pastinya menuntut komitmen penuh daripada setiap pemain kerana sedar KDA FC juga sedang berada pada tahap terbaik selepas menundukkan Melaka United 3-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI