fbpx

Rakyat merusuh Haiti naikkan harga petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan membaling batu ke arah polis semasa demonstrasi ganas di Petit-Goave, selatan Haiti nagi membantah kenaikan kos sara hidup pada 29 Ogos lalu. - AFP

PORT-AU-PRINCE, Haiti – Perdana Menteri Haiti,  Ariel Henry mengumumkan kenaikan baharu harga petrol dan diesel walaupun protes antikerjaan berlarutan selama berminggu-minggu kerana membantah lonjakan kos sara hidup  dan keganasan oleh kumpulan-kumpulan  penjenayah di negara itu.

Bercakap pada ulang tahun pertama pembentukan kerajaan gabungannya kelmarin Henry berkata, kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada usaha mengumpul wang untuk pentadbiran awam.

“Kami akan menaikkan harga bahan api (petrol dan diesel)  untuk memastikan kerajaan dapat mengumpul wang mencukupi untuk memastikan pentadbiran negara lancar. Kami tidak boleh terus memberi subsidi bahan api kepada orang yang boleh membayar harga penuh, mamun  membeli  untuk menjualnya kembali pada harga lebih tinggi di pasaran gelap,” katanya.

“Negara ini kehilangan banyak wang dan tidak dapat mengutip cukai yang mencukupi untuk memastikan pentadbiran awam berjalan lancar,” tambah Henry.

Menurut Institut Statistik dan Informatik Haiti, negara itu menyaksikan peningkatan kadar inflasi sebanyak 30.7% pada Julai tahun ini berbanding 2021.

Henry turut menyeru rakyat Haiti supaya bertenang dan berkorban untuk negara.

“Keganasan bukan jawapannya, keganasan tidak akan membantu kita memajukan negara. Saya menggesa semua orang bertenang dan bekerjasama untuk menyelesaikan perselisihan kita,” kata Henry kelmarin.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk dua wartawan  terbunuh dalam pergolakan pada hujung minggu di kawasan Cité Soleil di ibu kota Haiti, Port-au-Prince.

Henry yang memegang kuasa di  negara rantau Caribbean itu tahun lalu, bergelut untuk membawa keamanan di negara itu menuju pilihan raya umum yang berulang kali ditangguhkan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI