fbpx

Penyanyi 1980-an, Aman Shah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMAN SHAH meninggal dunia di IJN pada pukul 2.20 petang, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi era 1980-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pukul 2.20 petang tadi.

Menurut pembantu khas adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar, Aman Shah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak minggu lalu.

“Allahyarham sudah berada di hospital beberapa hari lalu untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan lebih awal.

“Saya difahamkan pembedahan yang berlangsung semalam berjalan lancar, tetapi kemudian ada komplikasi pada jantungnya.

“Buat masa ini keluarga terdekat masih menunggu makluman lanjut daripada pihak pengurusan hospital.

“Sebarang perkembangan lanjut akan kami kongsikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Sebelum ini penyanyi yang popular Adikku Pandai Menari itu pernah dimasukkan ke Hospital Melaka pada Oktober tahun lalu berikutan masalah sama.

Sepanjang hayat, lelaki kelahiran tahun 1954 di Johor Bahru itu bergelar anak seni sejak 1979 sebaik mengikat kontrak dengan syarikat rakaman EMI pada tahun 1980 hingga 1987.

Selain popular dengan lagu Adikku Pandai Menari, Allahyarham juga pernah menempah kemasyhuran menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan setiap kali sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Aman Shah juga kerap membintangi beberapa buah filem termasuk Darah Satria, Azura dan banyak lagi.

Sehingga kini jenazah masih di IJN sebelum dibawa Masjid Alam Damai Cheras untuk disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI