fbpx

Pencuri rantai emas dicekup orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan suspek berjaya ditangkap di Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seorang pekerja aksesori kereta tidak sempat ‘berjoli’ hasil curian dua rantai emas dari sebuah kedai emas di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini semalam apabila berjaya diberkas oleh orang ramai kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada seorang pekerja premis itu pukul 1.05 petang.

Kata beliau, wanita itu memaklumkan suspek yang berusia 34 tahun itu berjaya ditangkap selepas mencuri rantai emas di sebuah kedai di kawasan tersebut.

“Lelaki tersebut berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam.

“Barang kemas yang dicuri suspek merupakan dua utas rantai yang berharga kira-kira RM1,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi untuk membantu siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652,” katanya.

Terdahulu, tular dua video memaparkan polis menahan seorang lelaki yang dikatakan selepas mencuri emas di sebuah kedai di hadapan sebuah pusat beli belah di Taman Sri Muda itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI