PARIS – Seorang polis wanita di Perancis menjadi sensasi internet apabila bentuk punggungnya yang dikatakan sama seperti milik selebriti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian, lapor portal berita MailOnline semalam.
Kelibat polis wanita itu dirakam semasa proses penahanan seorang doktor gigi dan bapanya atas dakwaan menjalankan prosedur haram.
Pengguna media sosial menjadi ‘gila’ melihat kembar Kim yang bertanggungjawab mengiringi suspek, Lionel Guedj dan bapanya, Carnoy semasa tiba di mahkamah.
“Tolong beritahu di wilayah manakah anggota polis ini bertugas? Saya sanggup ditangkap oleh dia,” komen seorang pengguna media sosial.
Sementara itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kesahihan gambar yang disebarkan dan tidak menolak dakwaan mungkin ia sengaja disunting menggunakan aplikasi Photoshop.
Namun, ada pihak yang dengan pantas menemui video rakaman semasa polis wanita itu bertugas dan mengesahkan gambar yang kelihatan seperti Kim itu adalah asli. – Agensi