fbpx

Mesin pendandang punca kilang acuan bahulu terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di lokasi kebakaran kilang mesin pembuatan acuan kuih bahulu di Bukit Mertajam, di sini petang tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang mesin pembuatan acuan kuih bahulu hampir musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di kawasan Taman Perindustrian Machang Indah, Bukit Mertajam, di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.44 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan mesin pendandang atau pembuatan acuan kuih dan struktur bangunan tambahan kilang terbabit.

“Anggaran peratusan kemusnahan adalah sebanyak 60 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau, komander operasi telah membuat kerja-kerja penilaian atau ‘size up’ di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap untuk melakukan kerja-kerja pengawalan.

“Operasi memadam kebakaran dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 6.18 petang tadi. Kerja-kerja ‘overhaul’ masih giat dijalankan sehingga kini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI