fbpx

Mahkamah: Wanita didakwa pukul, toreh badan bekas suami guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diringi anggota polis selepas didakwa memukul dan menoreh badan bekas suaminya di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul dan menoreh belakang badan bekas suaminya menggunakan pisau, tahun lalu.

Tertuduh, Norhayati Serurahman ,33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Izwan Mohamed Noh.

Mangikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Mohamad Sabri Hussin, 33, kira-kira pukul 2.45 pagi di sebuah kediaman di Kampung Tambak Sebelong pada 10 Mei 2021.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326(A) Kanun Keseksaan.

Difahamkan kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara tertuduh dan mangsa.

Mangsa kemudian telah membuat laporan polis memberitahu semasa bertengkar, wanita itu yang ketika kejadian merupakan isterinya telah memukul muka dan menoreh belakang badannya menggunakan pisau.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri memcadangkan jaminan sebanyak RM6,000, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan.

Selepas mendengar rayuan kedua pihak, mahkamah bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 25 Oktober depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI