fbpx

Krim malam D Ains Beauty Empire ada racun berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krim malam tersebut yang dilaporkan mengandungi racun berjadual oleh KKM.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang awam untuk tidak membeli dan menggunakan produk krim malam D Ains Beauty Empire berikutan dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk itu dikesan mengandungi racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.

“Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Produk mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, penggunaan produk mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti kulit kemerahan, pedih, mengelupas serta berjerawat.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik terbabit perlu menghentikan penjualan serta pengedaran dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama,” tegasnya.

Jelasnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya akan dikenakan untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI