fbpx

Keranda Ratu Elizabeth II tiba di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa keranda baginda ratu dirakam memasuki pintu masuk utama Istana Buckingham. - AFP

LONDON – Keranda mendiang Ratu Elizabeth II selamat tiba  dan akan kekal di Istana Buckingham, England  sehingga Istiadat Pengebumian Negara pada Isnin ini, lapor agensi berita United Press International (UPI)  semalam.

Keranda itu ditempatkan di dalam kenderaan diraja yang bertolak dari Pangkalan Tentera Northholt, barat London selepas diterbangkan menggunakan pesawat C-17 Globemaster milik Tentera Udara Diraja (RAF)  dari Edinburgh, Scotland. 

Hanya Puteri  Anne daripada empat anak mendiang, menemani keranda berisi jasad bondanya dalam penerbangan itu.

“Menyaksikan kasih sayang dan rasa hormat yang ditunjukkan oleh ramai orang dalam perjalanan ini adalah sesuatu yang menambahkan rasa rendah diri dan menguatkan semangat saya.

“Kami semua akan berkongsi kenangan yang unik. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang berkongsi rasa kehilangan kami sekeluarga,”  kata Puteri Anne dalam satu kenyataan rasmi.

Jasad Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di  dalam Bilik Bow istana sebelum diangkut dalam perarakan menaiki kereta api Artileri Kuda ke Istana Westminster sebelum istiadat pengebumian pagi Isnin ini.

Beribu-ribu orang mula berbaris sejak semalaman untuk mendapatkan peluang mengucapkan selamat tinggal pada hujung minggu ini apabila jasad baginda akhirnya pulang ke Kota London.

Keranda itu meninggalkan Edinburgh awal pagi semalam, selepas selesainya  upacara di Katedral St. Giles dan memberi peluang bagi penduduk Scotland untuk memberi penghormatan terakhir. 

Kerajaan Scotland berkata,  lebih 26,000 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI