fbpx

Kelab Arab Saudi belum padam hasrat pikat Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dijangka sekali lagi menjadi buruan kelab dari Arab Saudi Januari depan selepas dia menolak tawaran pada jendela perpindahan lalu. – AFP

RIYADH – Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al-Misehal mendedahkan, usaha kelab bola sepak negara itu untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo masih belum terpadam.

Musim panas lalu me­nyaksikan Ronaldo secara jelas memberi gambaran untuk me­ninggalkan Old Trafford bagi mencari pasukan yang mampu memberinya peluang beraksi di saingan Liga Juara-Juara.

Namun, dia gagal menerima sebarang peluang kecuali daripada dua pasukan Arab Saudi iaitu Al-Hilal dan Al-Nassr yang mengemukakan tawaran yang cukup lumayan untuk membawanya beraksi di negara tersebut.

“Kami sangat gembira untuk melihat pemain seperti Ro­naldo dapat beraksi bersama pasukan di liga kami.

“Ia akan memberikan imej yang positif dan berita besar buat semua peminat bola sepak di seluruh dunia. Saya percaya, semua orang tahu mengenai pencapaian serta rekod yang dimiliki Ronaldo sebagai pemain bola dan dia juga adalah contoh terbaik untuk semua.

“Saya tidak nampak apa-apa yang mustahil. Namun, saya pasti ia akan menjadi perjanjian yang mahal, tetapi kita dapat lihat bagaimana kelab-kelab di liga ini berjaya meraih pendapatan yang lumayan sejak kebelakangan ini.

“Sudah ramai nama-nama besar yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris beraksi di sini dan saya gembira jika Ronaldo juga hadir dan bermain bersama kelab kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI