fbpx

Jangan marah suami berdengkur ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jangan merungut sekiranya suami anda kuat berdengkur ketika tidur kerana sekurang-kurangnya pasangan anda tidur di sebelah anda.

Begitu pencerahan yang dibuat oleh penceramah selebriti, Ustaz Syamsul Debat dalam satu sesi ceramah kekeluargaannya sebelum ini.

Katanya, banyak tahap dan bunyi dengkur yang dilakukan oleh pihak suami antaranya bunyi kuat seperti serombong kapal, getaran telefon serta ada yang berbahasa Rusia.

“Sebenarnya itu merupakan tanda syukur kita kerana suami masih bersama dengan kita, walaupun dengkurannya kuat tetapi dengkur itulah yang membahagiakan rumah tangga kita.

“Ada seorang makcik dulu jumpa saya dia kata rindu dengan dengkuran suaminya setiap malam sebelum suaminya meninggal dunia,” katanya.

Katanya, setiap pasangan perlu mensyukuri setiap apa yang telah dikecapi selama ini dan tidak perlu meminta benda yang tidak termampu disediakan pasangan kita.

“Biar rumah kita kecil, kereta kita kecil tetapi kehidupan kita bahagia. Syukuri nikmat yang diperolehi bersama pasangan kita,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI