fbpx

Google, Meta didenda lebih RM321 juta di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO Google dirakam menjelang sidang Forum Ekonomi Dunia di Davos pada 22 Mei lalu. - AFP

SEOUL – Korea Selatan mendenda Google dan Meta lebih AS$71 juta (RM321.38 juta) secara kolektif kerana mengumpul maklumat peribadi pengguna tanpa kebenaran bagi tujuan pengiklanan, kata pihak berkuasa teknologi maklumat negara berkenaan hari ini.

Denda itu adalah yang tertinggi melibatkan isu perlindungan data di Korea Selatan. 

Siasatan mendapati dua gergasi teknologi Amerika Syarikat itu telah “mengumpul dan menganalisis” data pengguna serta memantau penggunaan laman web dan aplikasi oleh mereka, kata Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi.

“Data ini digunakan untuk mengagak minat pengguna atau digunakan untuk iklan online yang bersesuaian,”  katanya sambil menambah, Google mahupun Meta tidak memaklumkan dengan jelas kepada pengguna Korea Selatan tentang amalan tersebut atau mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu.

Akibatnya, Google didenda AS$49.7 juta (RM224.97 juta) dan Meta AS$22.1 juta (RM100 juta).

“Ini adalah denda terbesar bagi pelanggaran Akta Perlindungan Maklumat Peribadi,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, majoriti pengguna internet di Korea Selatan iaitu 82 peratus untuk Google dan 98 peratus untuk Meta, tanpa sedar telah membenarkan kedua-dua syarikat itu mengumpul data tentang penggunaan internet mereka.

Tahun lepas, Korea Selatan mendenda Google hampir AS$180 juta (RM814.7 juta) kerana menyalahgunakan dominasinya dalam sistem pengendalian mudah alih dan pasaran aplikasi, dengan mengatakan ia menghalang dalam persaingan pasaran. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI