fbpx

Empat daerah di Terengganu berisiko banjir sepanjang musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafiz (kanan) semasa meninjau persiapan aset menghadapi monsun timur laut di Pejabat APM Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Empat daerah di Terengganu dikenalpasti berisiko tinggi dilanda banjir besar ekoran monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh bermula bulan November ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Hafiz Asikin berkata, empat daerah tersebut adalah Kemaman, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu.

Sehubungan itu, beliau memberitahu APM Terengganu dengan kekuatan 360 pegawai dan anggota telah melakukan persiapan awal serta berada dalam kesiapsiagaan bagi menghadapi MTL.

“Persediaan logistik telah dibuat iaitu menempatkan kenderaan pacuan empat roda, bot, ambulans di lokasi kerap dilanda banjir seperti Kampung Pasir Raja, Dungun; Felda Tenang, Besut dan Kampung Air Putih, Kemaman.

“Itu antara kawasan hotspot (panas) berisiko dilanda banjir di negeri ini dan kami juga telah mengadakan latihan di peringkat daerah-daerah melibatkan komuniti supaya didedahkan persediaan berdepan situasi bahaya,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Hafiz berkata, MTL dijangka membadai negara termasuk Terengganu pada November ini sehingga Mac tahun depan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai sentiasa peka dengan perkembangan terkini yang akan dihebahkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI