fbpx

Dua peniaga dikompaun angkara gagal pamer tanda harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegan (kiri) ketika melawat sebuah gerai menjual makanan di Dewan SP Arena, Seberang Jaya, di sini hari ini. /FOTO ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Dua peniaga dikompaun serta-merta setelah gagal mempamerkan tanda harga selain menggunakan alat timbang yang tamat tempoh ketika pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, di sini hari ini.

Pada masa sama, ada peniaga yang disiasat dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana membuat promosi jualan yang dianggap boleh mengelirukan pengguna serta dinasihatkan untuk membuat penjelasan semula mengenai perkara tersebut.

Pengarah KPDNHEP negeri, S. Jegan berkata, peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga itu telah dikompaun sebanyak RM300 dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 manakala seorang lagi peniaga pula dikompaun sebanyak RM200 dibawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

“Secara keseluruhannya, kebanyakan peniaga di sini yang hampir kesemuanya adalah warga tempatan mematuhi penandaan harga terhadap barangan yang dipamerkan untuk jualan dan hanya segelintir sahaja daripada mereka ini yang gagal berbuat demikian.

“Kebanyakan peniaga juga telah meletakkan tanda harga yang jelas pada barangan mereka terutamanya kain-kain dan pakaian agar pengguna dapat membuat perbandingan harga serta anggaran perbelanjaan menjelang sambutan Deepavali nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi ‘walkabout’ pemantauan penandaan harga dan jualan murah yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini di Dewan SP Arena, Seberang Jaya, hari ini.

Dalam perkembangan lain katanya, sebanyak 285 kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan nilai kompaun keseluruhan sebanyak RM86,100 telah direkodkan hasil daripada 41,544 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negeri ini sehingga semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI