fbpx

Dortmund akui lebih tenang beraksi tanpa kelibat Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURULATIH Dortmund, Edin Terzic (tengah) memiliki kebebasan untuk menurunkan pemain yang diinginkan dalam membentuk pasukan yang lebih ampuh. – AFP

DORTMUND – Prestasi semasa Erling Haaland di Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak pernah menghadirkan rasa gerun buat Borussia Dortmund untuk hadapi Manchester City pada aksi kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Sebaliknya, Pengarah Sukan Dortmund, Sebastian Kehl menyifatkan keputusan skuad Die Schwarzgelben menjual Haa­land kepada City membebaskan kelab itu daripada beban dan memberi kebebasan buat jurulatih untuk mencipta bintang baharu.

“Kami sentiasa menghargai sumbangan dan kejayaan yang dia raih ketika menyarung jersi Borussia Dortmund. Namun, akhirnya dia juga menjadi beban sama ada ketika di bilik persalinan mahupun kepada kelab.

“Secara umumnya, persekitaran lebih menjurus kepadanya. Dia dijual pada masa yang tepat, namun hakikatnya sekarang, 10 gol yang kami jaringan musim ini adalah dihasilkan oleh 10 pemain berbeza.

“Apabila tiada Haaland dalam pasukan, kami mula ada keyakinan terhadap pemain lain. Rekod jaringan kami juga membuktikan kami sedang mengharungi situasi yang cukup baik,” katanya.

Haaland kini sudah pun me­ngumpul 12 gol dalam lapan perlawanan bersama City termasuk dua kali hatrik dalam saingan EPL.

Pada aksi pertama Kumpulan G Liga Juara-Juara sebelum ini, Borussia Dortmund memulakan saingan denga langkah kanan apabila menewaskan FC Copenhagen 3-0, manakala City pula membelasah Sevilla 4-0.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI