fbpx

Bintang hebat tanah air dalam Pinocchio versi alih suara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARTUN ikonik dunia yang menjadi kegemaran ramai, Pinocchio kembali dihidupkan dalam versi aksi langsung (live-action).

SALURAN Disney Original kembali menghiburkan penonton setia dengan menghidupkan semula kartun popular dunia yang sentiasa diminati ramai, Pinocchio.

Filem klasik kanak-kanak tersebut yang mengangkat kisah tentang anak patung kayu yang berusaha menjadi seorang budak lelaki sebenar diarahkan oleh Robert Zemeckis.

Lebih menarik, Pinocchio dihasilkan secara aksi langsung atau live-action dan menampilkan barisan pelakon popular Hollywood seperti Tom Hanks sebaga Geppetto yang merupakan pencipta patung kayu kanak-kanak tersebut.

Joseph Gordon-Levitt pula memegang peranan sebagai Jiminy Cricket yang menjadi pembantu Pinocchio selain Luke Evans (The Coachman) dan Keegan-Michael Key (Honest John).

Untuk alih bahasa Melayu bagi tayangan di negara ini, Disney+ Hotstar mengumumkan bakat-bakat besar tempatan yang diberi kepercayaan menjayakan Pinocchio.

Diketuai oleh pengarah suara Eka Sherren dan penyanyi serta penulis veteran, Juwita Suwito, Pinocchio versi alih suara (dubbed) bahasa Melayu menampilkan aktor berpengalaman, Azman Hassan sebagai bintang utama menjayakan watak Geppetto.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang lakonan dan nyanyian selain pernah membintangi lebih 50 buah naskhah (filem dan drama), Azman dilihat sebagai figura tepat untuk menjadi Geppetto.

Sementara bagi watak Pinocchio pula, pelakon kanak-kanak berbakat besar, Khaireel Akasya yang pernah menyertai pertandingan Genius Seni Choir RTM menyandang peranan selaku Pinocchio.

Lebih menarik, penyanyi popular Suki Low juga menjadi antara salah seorang pelakon alih suara dalam Pinocchio versi bahasa Melayu.

Bintang yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu memikul tanggungjawab sebagai pelakon suara untuk watak Fabiana dan Sabina.

Ini bukan kali pertama Suki dipilih selaku pelakon suara. Terdahulu, dia pernah menjadi pelakon suara untuk watak Snow White dalam filem Snow White and The Seven Dwarfs juga untuk versi dubbed bahasa Melayu.

Penyanyi Sabah, Liana Jacklon pula berpeluang menyerlah potensi dan bakatnya apabila diberi kepercayaan menjadi suara Blue Fairy untuk nyanyian, manakala suara bercakap dikendalikan oleh Iqa Zawani.

Selain nama-nama di atas,beberapa lagi bakat lain turut menyertai pasukan alih suara Bahasa Melayu iaitu Muhamad Mustaqim (Jiminy Cricket), Hazwan Idris (Honest John) dan Wan Muhammad Tamlikha (The Coachman).

Jangan lepaskan peluang menonton filem tersebut kerana Disney + Hotstar menjanjikan pengalaman menarik dan unik buat pelanggan berdaftar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI