SEREMBAN – Sebuah bangunan asrama Tahfiz Rendah As Sofa di Dataran Sentral di sini terbakar dalam kejadian sebentar tadi.
Bagaimanapun, semua pelajar yang menyedari kejadian itu, sempat menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.22 malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat asrama Tahfiz Rendah As Sofa di bahagian aras dua dan tiga.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan api berjaya dikawal pada pukul 9.04 malam tadi,” katanya di sini. -KOSMO! ONLINE