fbpx

APK penipuan baharu buat mangsa hilang wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima individu warga tempatan ditahan polis disyaki terlibat dalam sindiket ‘Android Package Kit’ (APK) Scam yang merupakan satu modus operandi penipuan baharu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada 24 Ogos lalu di premis sindiket terbabit beroperasi, di sini.

“Berdasarkan siasatan, mereka beroperasi dengan mencipta akaun (palsu) di laman sosial terkenal sebelum menawarkan mangsa untuk melihat gambar dan video melalui aplikasi lain yang dihantar melalui fail APK.

“Mangsa turut dikehendaki membuat pembelian token sebelum boleh mengakses aplikasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, aplikasi yang berjaya dipasang kepada peranti boleh mengakibatkan transaksi pengeluaran wang daripada akaun mangsa.

Susulan itu, ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Noorsiah turut menyeru agar orang ramai sentiasa berwaspada dan elakkan memuat turun apa-apa aplikasi daripada khidmat pesanan ringkas (SMS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI