fbpx

86 lot rumah kongsi hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dari tiga BBP mengawal kebakaran deretan rumah kongsi di Jalan Tun Sri Lanang, Banda Hilir, Melaka, petang semalam.

MELAKA – Sebanyak 86 lot rumah kongsi di Jalan Tun Sri Lanang di sini hangus dalam kebakaran, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa Bomba II Yazid Mohd. Tahir berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.55 petang.

Katanya, seramai 25 anggota serta pegawai bersama-sama tiga jentera dari BBP Melaka Tengah, Ayer Keroh dan Tangga Batu dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi kita dapati bangunan rumah kongsi berkeluasan 150 kali 1,000 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun difahamkan bangunan itu tidak berpenghuni dan sepatutnya menjadi kediaman para pekerja sebuah hotel berdekatan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal kira-kira satu jam kemudian dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.09 malam.

Katanya, pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI