fbpx

4 negeri dijangka ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri menjelang petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri terlibat adalah Terengganu (Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Segamat dan Mersing) serta Sabah iaitu di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 6.00 petang Rabu, 14 September 2022,” jelas MetMalaysia di laman Facebook rasminya sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI