PETALING JAYA – Rakaman video penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus ‘mengaku’ berasal dari Batu Pahat, Johor tular di media sosial.
Beliau namun dipercayai berseloroh apabila ditanya oleh salah seorang peserta ceramahnya tentang perasaannya Terengganu tewas kepada Johor dalam aksi final Piala FA 2022.
“Bagaimana perasaan ustaz Terengganu kalah dengan Johor? Saya orang Batu Pahat. Kabare. Wes mangan,” katanya secara spontan menyebabkan para tetamu tertawa.
Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala FA 2022 apabila menewaskan Terengganu FC, 3-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil beberapa hari lalu.
Azhar yang berasal dari Terengganu terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya yang amat bersahaja serta kerap diselit dengan jawapan yang melucukan. – KOSMO! ONLINE