fbpx

Tiga kapal OPV milik Maritim Malaysia masih dalam pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zubil.

PUTRAJAYA – Tiga buah Kapal Peronda Luar Persisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sepatutnya diterima pada 2020 masih sedang dalam pembinaan oleh syarikat tempatan iaitu THHE Destini Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Indah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, ini kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada pihak Maritim Malaysia.

Menurut beliau, kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini masih gagal dilakukan berikutan kapal berkenaan masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

“Syarikat akan mengubah kepada cara pelancaran daripada Launching Cradle kepada sistem pelancaran Air Balloon yang dijangka direalisasikan pada 10 Oktober depan.

“Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan jika pelancaran ini dapat direalisasikan pada tarikh tersebut, besar kemungkinan untuk kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia pada awal tahun hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kapal seterusnya iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan secara berperingkat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Maritim Malaysia berharap agar ketiga-tiga kapal berkenaan dapat disiapkan dan diserahkan dengan kadar segera walaupun ianya telah lewat dua tahun dari tarikh asal penyerahan.

“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan oleh pihak Maritim Malaysia pada masa kini bagi menguatkuasakan undang-undang di perairan negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI