KEBERADAAN kumpulan Seventeen ke Amerika Utara ketika ini atas dasar kerja sempena penganjuran konsert jelajah mereka cukup mengujakan peminat.
Biarpun begitu, timbul perbalahan dalam kalangan peminat apabila tular foto memaparkan dua ahlinya, S.COUPS dan Mingyu berhibur di sebuah kelab malam.
Malah keberadaan mereka di kelab itu turut dikongsikan seorang individu yang turut berada di lokasi sama, menceritakan tentang keseronokan sepanjang berhibur.
Selepas tular foto berkenaan, ramai peminat berbagi pendapat apabila ada antaranya tidak melihat situasi itu sebagai sesuatu yang salah buat dua penyanyi itu.
“Bukankah mereka sudah dewasa? Jadi masalah ke kalau mereka pergi ke kelab?” pertahan seorang peminat.
“Paling kelakar, semua yang kritik mereka itu adalah si kalah yang tak pernah datang ke kelab,” kata seorang lagi peminat.