fbpx

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin bersama Ratu Elizabeth II ketika lawatan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Diraja British dan rakyatnya atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah Klang, Ratu Elizabeth II akan sentiasa diingati dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang sebagai seorang Raja yang mendedikasikan hidupnya untuk berkhidmat kepada rakyatnya.

“Pemerintahannya digambarkan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan komitmen dalam berkhidmat kepada negaranya dan Komanwel.

“Beliau dikagumi dan dihormati di seluruh dunia sebagai tokoh kestabilan dan perpaduan sepanjang hayat yang membawa perubahan besar,” katanya di sini.

Jelas kenyataan itu, mengimbas semula memori dinyatakan Sultan Sharafuddin berbesar hati dijemput Ratu Elizabeth II menghadiri dua majlis makan semasa kapal HMS Britannia berlabuh di Pelabuhan Klang, Klang dekat sini pada tahun 1972 dan 1989.

Dalam pertemuan itu, baginda dapat melakukan perbincangan dua hala dengan Ratu Elizabeth II mengenai bagaimana untuk meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan UK.

“(Malah) pada tahun 1972, baginda pernah menghadiri majlis makan malam di Istana Alam Shah, Klang bersama (Sultan Selangor terdahulu) Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

“Ratu Elizabeth II juga pernah melawat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ketika majlis ke-11 Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989”, ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI